Tel: +6 03 5634 9547

Pada asasnya Pertubuhan Seni Bela Diri Tenaga Dalam Bentara Sakti adalah satu pertubuhan yang mampu membangunkan fizikal dan spiritual manusia untuk mencapai suatu tahap jati diri yang unggul, berkarisma, rasional dan sentiasa berdaya maju.

Apakah yang dimaksudkan dengan Bentara Sakti? Perkataan Bentara apabila difahami sentiasa bermaksud dua iaitu Bentara Dalam dan Bentara Luar atau dari kalimahnya ialah satu tauhid dari satu rasul bagi menyatakan syahadah dan Sakti itu sendiri adalah saksi atau ashadu bagi menyatakan kalimah tauhid dan kalimah rasul.

Pertubuhan itu pula bagi menyatakan akan tubuh yang menanggung daripada segala yang seni-seni yakni dari segala kelembutan dan kehalusan iaitu 'lattif' bagi membela diri yang bercahaya dari dalam itulah yang dimaksudkan Pertubuhan Seni Bela Diri Tenaga Dalam Bentara Sakti.